Saturday, June 4, 2011

7 Pantai Paling Cantik di dunia


 
7. Poipu Beach, Kauai, Hawaii

“Best Family Beach”
Percutian bersama keluarga sentiasa menjamin percutian terbaik dan Poipu Beach adalah pantai yang paling terkenal untuk aktiviti berkeluarga. Dengan pemandangan yang sangat menggamit, pantai ini memiliki pasir keemasan, langit kebiruan dilengkapi dengan pohon-pohon kelapa dan cuaca panas berangin sepanjang tahun.
Oleh sebab pantai ini terletak di tengah-tengah kawasan lebuhraya lereng bukit di Kauai, anda boleh juga menghayati pelbagai keindahan di Na Pali coast, Koke’e Mountain Park, the Polihale beach dan the Waimea Canyon yang juga dikenali sebagai South Pacific’s Grand Canyon.



 
6. Maroma Beach, Yucatan, Mexico
“Best Love Beach”
Maroma beach menjadi pilihan ramai pengantin muda dunia untuk berbulan madu. Pantai ini terletak di Yucatan Jungle, Mexico di mana pantainya yang jernih dan pemandangan romantik musim senjanya sentiasa menghidupkan suasana romantik abadi.




5. Pink Sand Beach. Harbor Island Bahamas
“Best Escape Beach”
Pink Sand Beach popular dikalangan pengunjung yang inginkan percutian yang lebih berbentuk ‘sweet escape’ dan ‘intimate’. Pantai ini terkenal dengan pasirnya yang berwarna merah jambu yang sangat halus seperti butiran bedak bayi. Anda juga tidak akan dapat melupakan pengalaman berbaring di tepi pantai sambil menikmati keindahan panorama biru yang menggamit. Sememangnya satu percutian ‘sweet escape’ yang sangat diidamkan.



 
4. Ipanema Beach, Rio de Janeiro, Brazil
“Best Bikini Beach”
Keindahan Ipanema berjaya menarik jutaan pengunjung setiap tahun. Pantai ini mengalu-alukan kedatangan pelancong daripada serata dunia. Apa yang menarik, pantai ini sinonim dengan pakaian sesedikit yang mungkin lantas mendapat jolokan “The Best Bikini Beach” kerana budaya rakyat Brazil yang percaya bahawa apabila ke pantai, adalah satu perkara wajib untuk menunjukkan kulit dan berjemur di bawah terik matahari kota Rio de Janeiro.



3. South Beach, Miami, Florida
“Best Body beach”
Siapa tidak kenal South Beach di Miami, Florida antara pantai paling popular untuk golongan selebriti elit terkenal dunia. Sesuai dengan jolokan nama “The Body Best Beach”, pantai ini menghimpunkan jutaan pengunjung setiap tahun dimana banyak aktiviti diadakan sepanjang masa. Samada anda berkunjung dengan teman atau menyaksikan pameran budaya di pesisir South Beach, kegembiraan dan keceriaan tidak pernah putus di pantai ini. Ia juga tempat terbaik untuk berjumpa dengan rakyat pelbagai negara selain melihat hasil seni tempatan disamping bersuka-ria di waktu malam.




2. Paradise Beach, Mykonos, Greece
“Best Party Beach”
Inginkan pengalaman syurga dunia? Paradise Beach adalah tempatnya. Pantai yang menjadi tarikan pengunjung-pengunjung muda, pantai ini terkenal sebagai pantai bogel alternative (nude-tolerant atmosphere) yang popular. Pengunjung pantai ini sentiasa hadir dengan aktiviti yang mencabar dan sangat ramah. . Di tempat ini, anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan dengan minuman punch musim panas. Pantai ini meningkat popular kerana mendapat pengiktirafan ‘The Best Party Beach” in the world berkemungkinan besar kerana terdapat banyak bar terkenal di sekitar pulau Mynokos.



1. Anse Source D’Argent, La Digue, Seychelles
“The Best Beach”


Terbaik di antara yang terbaik, Anse Source D’Argent diiktiraf badan dunia sebagai pantai paling cantik di dunia. Ia juga dikatakan sebagai pantai yang mempunyai paling banyak gambar di ambil di dunia. Bagi yang cintakan pantai, Anse Source D’argent satu destinasi wajib untuk anda.

No comments: